Friday, June 26, 2009

j-QAF Tanpa Gagal : ALAT BANTU MENGAJAR (BBM/ABM) الوسائل المعينة UNTUK GURU-GURU j-QAF (PEN.ISLAM)/SEK. AGAMA RAKYAT/SEK AL-QURAN DAN FARDU AIN

Tuan/Puan :
Syarikat kami diwujudkan khusus untuk membantu guru-guru Pendidikan Islam (j-QAF)/ guru-guru agama/guru-guru, dan kami bersedia menyiapkan tempahan BBM / ABM tuan-tuan/puan-puan sama ada dalam versi Bahasa Melayu / Jawi / Arab.

Material
Material BBM / ABM yang kami hasilkan adalah dalam bentuk :
Banner / Banting (plastik pvc).

Kelebihan
Ia besar, berwarna-warni dan tahan lasak, serta senang dibawa ke kelas. Penghasilan BBM / ABM ini sesuai untuk menarik minat kanak-kanak untuk terus belajar dalam keadaan santai khususnya dalam bidang Pendidikan Islam. Kami sangat peka dengan keperluan murid-murid dan guru-guru dalam memperkasakan Pendidikan Islam di sekolah. Semoga dengan adanya BBM / ABM yang menarik ini mampu menyerlahkan lagi ruh Islam di persekitaran sekolah tuan/puan.

Tajuk-tajuk BBM / ABM
Antara tajuk-tajuk yang telah dan akan kami hasilkan ialah :
  • BBM Bestari Solat - Sukatan Pelajaran j-QAF / KAP Negeri Sembilan dari Tahun 1 - 5
  • BBM Jawi - Huruf-huruf Jawi / Sifir Vokal Jawi / Sifir Konsonan Jawi / Kaedah-kaedah ejaan / Perkataan Pinjaman / Perkataan Kekal / Perkataan Sama Bacaan Berbeza
  • BBM Adab-adab Islam - Sukatan Pelajaran Tahun 1 - 6 Sekolah Kebangsaan / KAP
  • BBM Sirah - Sukatan Pelajaran KAP Negeri Sembilan
  • BBM Akidah - Sukatan Pelajaran KAP Negeri Sembilan
  • BBM Bahasa Arab - Sukatan Pelajaran j-QAF / KAP
  • BBM Tauhid - Sukatan KAP
  • BBM al-Quran - Sukatan KAP
  • BBM Bahasa Inggeris
  • BBM Matematik
  • Banner / Banting doa-doa harian / mutiara kata (BM/Jawi/Arab)
  • Papan Tanda BM/BI/Arab
  • Banner / Banting aktiviti sek/jabatan
Penasihat Akademik Media Tilmiz Enterprise
Untuk makluman pihak tuan/puan, penasihat akademik kami terdiri daripada :
  • Graduan Sarjana Usuluddin, Universiti Malaya
  • Guru j-QAF PPPS DG 41 - Graduan KPLI LPBS j-QAF Cemerlang 2005
  • Penyelia Pendidikan Islam Daerah
  • Guru j-QAF 2005 yang pernah membentangkan Laporan Pelaksanaan Kelas Pemulihan Jawi di Mesyuarat bersama JAPIM Putrajaya
  • Guru j-QAF Bahasa Arab
  • Guru Cemerlang Bahasa Melayu / Bahasa Inggeris / Matematik
Tuan/Puan,
Kami juga menghasilkan BBM atas kehendak tuan/puan. Tuan/puan boleh mengemukakan tajuk-tajuk sendiri dengan saiz tertentu dan kami akan hasilkannya dengan sesegera mungkin.

Kami sangat-sangat berminat dan akan cuba membantu tuan/puan memperkasakan Pendidikan Islam di mana-mana sahaja tuan/puan berada dengan menyebarluaskan info-info Islam yang menjadi asas kefahaman muslim dari seawal usia 6 tahun.

Terima kasih kerana tuan/puan berminat dengan produk kami. Untuk makluman pihak tuan/puan, syarikat kami tidak mempunyai agen di Malaysia. Ini kerana, kami ingin berada dekat di hati kalian, tiada orang tengah.

Semoga urusan ini dimudahkan dan diberkati Allah selalu. Hubungilah kami andai ada minat dan kemusykilan untuk sama-sama bergandingan membina negara bangsa Islam di Malaysia. Syukran Jazilan.

- Pengurusan Media Tilmiz Enterprise -

No comments: